July 27, 2024

Isak pacu kemenangan besar Newcastle

Isak pacu kemenangan besar Newcastle


NEWCASTLE United mengekalkan rentak kemenangan kedua berturut-turut saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membelasah Tottenham Hotspurs, 4-0 di Stadium St James’ Park pada Sabtu.

Gol The Magpies dijelmakan Alexander Isak pada minit ke-30, m-51, Anthony Gordon (m-32) sebelum Fabian Schär menoktahkan jaringan keempat pada minit ke-87 untuk tiga mata berharga.

Newcastle sebelum itu mengatasi Fulham, 1-0 di Craven Cottage pada 6 April lalu manakala Tottenham pula menang 3-1 ketika melayan kunjungan Nottingham Forest di London dua hari kemudian.

Keputusan dilakar anak-anak buah Eddie Howe itu membolehkan The Magpies mengumpul 50 mata – 15 menang, lima seri dan 12 tewas – selepas mengharungi 38 perlawanan liga.

Sementara kekalahan kelapan anak-anak buah Ange Postecoglou menyaksikan Tottenham kekal 60 mata hasil 18 menang dan enam seri.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28



Source link

OR

Scroll to Top