Martinez julang Manchester United di Fulham

Martinez julang Manchester United di Fulham


Martinez meledak jaringan kemenangan buat United di Craven Cottage. Foto Agensi

LISANDRO Martinez muncul wira Manchester United ketika memastikan gergasi England itu menang 1-0 ke atas Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Craven Cottage.

The Red Devils bimbingan Ruben Amorim tampil ke laman The Cottagers kendalian Marco Silva dengan misi mencari kemenangan keempat liga sejak menggantikan Erik ten Hag, November lalu.

Bagaimanapun pasukan pelawat yang tewas 1-3 kepada Brighton and Hove Albion di Stadium Old Trafford pada 19 Julai lalu bergelut mencipta peluang pada separuh masa pertama.

Tuah ternyata memihak United yang dimotivasikan kemenangan 2-1 ke atas kelab Scotland, Rangers FC di Stadium Old Trafford dalam saingan Liga Europa, 24 Januari lalu apabila sentuhan Martinez menjelmakan jaringan pada minit ke-78 untuk tiga mata.

Sementara itu, Martinez berkata: “Saya gembira dengan cara United memenangi perlawanan. Tidak kira siapa yang menjaringkan gol – yang paling penting ialah tiga mata.

“Satu kemenangan amat bermakna. Bukan sahaja kepada penyokong, tetapi bagi pemain kerana kami telah banyak menderita.

“Sejujurnya satu kemenangan yang sukar, berikutan tekanan tinggi, dan perlu kekal merendah diri selepas ini.”

United yang kini berada di kedudukan keempat Liga Europa selepas ini akan bertandang ke National Arena berdepan kelab Romania, FCSB (Steaua Bucharest) pada Jumaat ini.

Kemenangan keempat dalam lima perlawanan terakhir semua pertandingan itu melonjakkan pasukan Amorim ke tangga ke-12 dalam kedudukan, empat mata di belakang Fulham yang berada di tangga ke-10.

Liga Perdana Inggeris

Keputusan

Brighton 0-1 Everton

Liverpool 4-1 Ipswich Town

Southampton 1-3 Newcastle United

Wolverhampton 0-1 Arsenal

Bournemouth 5-0 Nottingham Forest

Manchester City 3-1 Chelsea

Tottenham Hotspur 1-2 Leicester City

Crystal Palace 2-1 Brentford

Aston Villa 1-1 West Ham United

Fulham 0-1 Manchester United



Source link

OR

Scroll to Top