“Masa Lafaz…Saya Menangis Macam Budak-Budak, Sakit Sangat” 

“Masa Lafaz…Saya Menangis Macam Budak-Budak, Sakit Sangat” 


Pelakon Kamal Adli mengimbas kembali detik ketika di hari perceraian dengan bekas isterinya, Uqasha Senrose.

Menerusi podcast Nona, Kamal berkata ketika momen mahu melafazkan cerai di hadapan hakim dia menangis seperti budak kecil.

BACA: Fazura Puji Kamal Adli Belikan Baju Raya Buat Uqasha, Hawra

Semasa lafaz (cerai), saya menangis macam budak-budak. Rasa malu dekat hakim tu. Dalam tu ada kami sahaja, tak ada orang lain,” katanya.

Menurut Kamal lagi, dia rasa sakit untuk melafazkan cerai sehingga perlu mengulang dua kali kerana tidak jelas.

“Masa nak kena sebut tu, saya rasa ‘pecah’. Bila dapat kertas yang perlu saya lafazkan itu, saya ingatkan saya okay..sampai kena ulang dua kali sebab tak jelas, menangis pula macam budak-budak.

“Sakit sangat ketika itu, saya sampai tak boleh nak pandang orang. Ayat yang buatkan saya ‘pecah’…’dengan ini saya Ahmad Kamal menceraikan’” katanya.

Terdahulu, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.






Source link

OR

Scroll to Top