Pelakon Sharnaaz Ahmad berkongsikan pernah mengalami kemurungan ketika melalui proses perceraian dengan bekas isterinya, Noor Nabila.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Sharnaaz ketika itu dia berdepan tekanan yang teruk namun aturan Allah itu sangat adil apabila diberikan jalan dalam kerjayanya.
BACA: Sharnaaz Ahmad Tetap Hormat Bekas Isteri Biarpun Dah Berpisah
“Ketika itu saya dalam proses penceraian. Saya sangat down. Saya boleh cakap saya dalam keadaan sangat murung. Kalau nak cakap saya merintih kesedihan dan stres, sangat teruk. Tapi ketika itu juga Allah itu adil. Dia akan bagi pada kita ujian dan hadiah.
“Hadiah itu apabila buat pertama kalinya saya dapat buat filem yang saya idamkan. Dalam pada yang sama juga saya dapat surat cerai.
“Bila saya bawa kemurungan itu dan terapkan dalam watak filem yang saya buat, perkara itu adalah punca yang menjayakan filem itu sampai boleh capai RM58 juta,” katanya.
Sementara itu, Sharnaaz turut menitipkan pesanan agar yakin dengan ujian serta menjadikan sebagai dorongan mencipta kejayaan.
“Kalau tuhan turunkan penyakit mesti dia bagi penawar. Kalau awak rasa tuhan sedang uji, ambil lah sebagai pembakar semangat untuk jadikan itu kejayaan baru yang awak sedang cari,” katanya.
