Masa untuk upgrade tech game! Tak perlu belanja mahal, Xiaomi kini ada semuanya

Masa untuk upgrade tech game! Tak perlu belanja mahal, Xiaomi kini ada semuanya


Telefon pintar, jam tangan pintar, fon telinga tanpa wayar, penghawa dingin, robot vakum dan mesin basuh kini bukan lagi sekadar peranti yang berfungsi secara berasingan. 

Bagi ramai pengguna hari ini, pengalaman teknologi yang lebih lancar bermula apabila semua peranti ini mampu berhubung dalam satu ekosistem yang memudahkan kehidupan harian.

Namun untuk menikmati pengalaman sedemikian, ramai beranggapan mereka perlu berbelanja besar, terutamanya apabila melibatkan peranti yang menawarkan spesifikasi premium dan teknologi terkini.

Menerusi pelancaran terbaharunya, Xiaomi membuktikan perkara itu tidak semestinya benar. Dengan pengenalan Xiaomi 17T Series bersama rangkaian wearable dan smart home baharu, jenama itu kini menawarkan ekosistem teknologi yang lebih lengkap untuk pengguna yang mahukan pengalaman premium tanpa perlu membayar harga premium.

Xiaomi 17T Series jadi tarikan utama

Menjadi tumpuan utama semestinya Xiaomi 17T Series yang hadir dalam dua model iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro.

Buat pertama kali, siri T diperkenalkan dalam dua saiz berbeza bagi memenuhi keperluan pengguna yang mahukan pilihan lebih fleksibel. 

Walaupun berbeza dari segi saiz, kedua-duanya berkongsi DNA yang sama iaitu menawarkan pengalaman fotografi, hiburan dan produktiviti yang lebih premium.

Dari segi kamera, Xiaomi 17T Series dilengkapi sistem tiga kamera dengan kamera utama 50MP serta lensa Leica Summilux yang direka untuk menghasilkan imej yang lebih jelas dan terperinci.

Apa yang lebih menarik, buat pertama kali kamera telefoto Leica 5x diperkenalkan pada kedua-dua model dalam siri T.

 Kamera 50MP itu menyokong OIS, fotografi telemakro pada jarak sehingga 30cm dan AI Ultra Zoom sehingga 120x.

Bagi pengguna yang gemar menghasilkan kandungan media sosial atau merakam momen istimewa, kehadiran kamera telefoto ini memberikan lebih banyak fleksibiliti untuk merakam gambar dari pelbagai sudut dan jarak.

Lebih daripada sekadar gambar biasa

Xiaomi turut memperkenalkan Leica Live Moment yang membolehkan pengguna merakam bukan sahaja satu detik, tetapi juga pergerakan dan emosi yang berlaku sebelum dan selepas sesuatu momen.

Fungsi ini disokong pada semua kamera belakang, menjadikan setiap rakaman lebih hidup dan mempunyai elemen penceritaan yang lebih kuat.

Leica Live Portrait pula menambah kesan bokeh semula jadi ketika merakam subjek bergerak, manakala Xiaomi 17T Pro menawarkan rakaman sinematik 4K 60fps, Ultra-HD Live Moment 4K serta pelbagai mod videografi untuk pengalaman rakaman yang lebih kreatif.

Jadi, tidak hairanlah Xiaomi meletakkan siri ini sebagai antara peranti paling menarik untuk pengguna yang gemar menghasilkan kandungan visual.

Paparan yang bukan sahaja cantik, malah lebih selesa

Selain keupayaan kamera, Xiaomi 17T Series turut memberi perhatian kepada keselesaan penggunaan harian menerusi teknologi Xiaomi Vision Care.

Paparan Xiaomi-custom M10 AMOLED 1.5K dengan kecerahan sehingga 3,500 nits memastikan kandungan kekal jelas walaupun digunakan di bawah cahaya matahari terang, manakala teknologi penjagaan mata yang dibangunkan membantu mengurangkan kesan cahaya biru, kelipan skrin dan kabur pergerakan.

Malah, Xiaomi 17T Series menjadi siri pertama yang menerima pensijilan TÜV Rheinland Quadruple Eye-Care serta TÜV Rheinland Intelligent Eye Care.

Bagi pengguna yang banyak menghabiskan masa di hadapan skrin, ciri ini pastinya memberikan pengalaman yang lebih selesa sepanjang hari.

Prestasi tinggi dan bateri yang sukar ditandingi

Di sebalik pengalaman fotografi dan paparan yang premium, Xiaomi turut memberi perhatian kepada aspek prestasi.

Xiaomi 17T Pro dikuasakan cip MediaTek Dimensity 9500 berasaskan proses 3nm, manakala Xiaomi 17T menggunakan MediaTek Dimensity 8500-Ultra. Kedua-duanya menawarkan peningkatan dari segi prestasi CPU, GPU dan AI untuk penggunaan harian, multitugas serta permainan mudah alih.

Bateri juga menjadi antara kekuatan utama siri ini.

Xiaomi 17T Pro hadir dengan bateri 7,000mAh, yang merupakan kapasiti terbesar pernah ditawarkan pada telefon siri Xiaomi untuk pasaran antarabangsa. Ia turut menyokong pengecasan pantas 100W HyperCharge dan 50W Wireless HyperCharge.

Sementara itu, Xiaomi 17T dilengkapi bateri 6,500mAh bersama pengecasan pantas 67W HyperCharge bagi memastikan pengguna boleh menggunakan peranti sepanjang hari dengan lebih yakin.

Lebih menarik, semua ciri premium ini ditawarkan pada harga yang masih kompetitif.

 Xiaomi 17T boleh dimiliki bermula RM2,399 untuk varian 12GB+256GB (online exclusive) dan RM2,499 bagi varian 12GB+512GB, manakala Xiaomi 17T Pro pula bermula RM2,899 dengan pilihan storan sehingga 1TB pada harga RM3,499.

Lengkapkan pengalaman dengan wearable baharu Xiaomi

Bagi mereka yang mahu membina ekosistem digital yang lebih menyeluruh, Xiaomi turut memperkenalkan beberapa peranti boleh pakai baharu.

Xiaomi Watch S5 46mm tampil dengan rekaan premium, paparan AMOLED 1.48 inci, lebih 150 mod sukan dan ketahanan bateri sehingga 21 hari.

Bagi pengguna yang mahukan alternatif lebih ringan dan praktikal, Xiaomi Smart Band 10 Pro menawarkan pelbagai fungsi kecergasan serta pemantauan kesihatan dalam bentuk yang lebih kompak.

Sementara itu, Xiaomi Buds 6 hadir dengan teknologi audio premium termasuk Qualcomm aptX Lossless, audio spatial 360 darjah bersama head-tracking serta sistem pembatalan hingar aktif untuk pengalaman audio yang lebih mengasyikkan.

Xiaomi turut memperkenalkan Violet Collection yang menampilkan kemasan warna ungu eksklusif pada siri Xiaomi 17T dan warna Nebula Purple untuk Xiaomi Buds 6 bagi pengguna yang mahu tampil lebih bergaya.

Dari telefon pintar ke rumah pintar

Apa yang menjadikan pelancaran kali ini lebih menarik adalah Xiaomi tidak hanya memfokuskan kepada telefon pintar dan aksesori.

Sebaliknya, syarikat itu turut memperluaskan ekosistem rumah pintarnya menerusi beberapa produk baharu termasuk Mijia Air Conditioner GentleAir, Mijia Refrigerator Side-by-Side 715L, Mijia Front Load Washer Dryer Series serta Xiaomi Robot Vacuum H50 Series.

Mijia Air Conditioner GentleAir menawarkan penyejukan pantas, aliran udara yang lebih lembut dan fungsi penjimatan tenaga berasaskan AI, manakala Mijia Refrigerator Side-by-Side 715L pula menyediakan ruang penyimpanan yang luas untuk kegunaan seisi keluarga.

Bagi urusan cucian, Mijia Front Load Washer Dryer 9kg hadir dengan fungsi wap, mod kebersihan khas serta lebih 30 program cucian yang boleh dikawal menerusi aplikasi Xiaomi Home.

Sementara itu, Xiaomi Robot Vacuum H50 dan H50 Pro pula direka untuk membantu pengguna menguruskan kerja pembersihan rumah dengan lebih mudah menerusi sistem navigasi pintar, kawalan aplikasi dan stesen pembersihan automatik.

Menariknya, beberapa produk rumah pintar ini turut ditawarkan pada harga promosi pelancaran yang lebih rendah berbanding harga runcit asal.

Sudah bersedia untuk upgrade?

Dengan harga bermula RM2,399, Xiaomi 17T Series menawarkan titik permulaan yang ideal untuk mereka yang ingin menaik taraf pengalaman teknologi harian. 

Sama ada anda sedang mencari telefon pintar baharu dengan pengalaman fotografi premium, jam pintar untuk memantau kecergasan harian, fon telinga berkualiti tinggi atau mahu mula membina rumah pintar yang lebih moden, Xiaomi kini menawarkan semuanya dalam satu ekosistem yang saling berhubung.

Untuk maklumat lanjut mengenai Xiaomi 17T Series serta rangkaian produk terbaharu Xiaomi, layari Xiaomi Malaysia atau kunjungi Xiaomi Store berhampiran anda serta kedai rasmi Xiaomi di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Dengan pelbagai pilihan produk yang ditawarkan, ini mungkin masa terbaik untuk anda menaik taraf pengalaman teknologi harian ke tahap yang lebih premium.





Source link

OR

Scroll to Top