Masalah konsistensi terus hantui Arif – Roy King

Masalah konsistensi terus hantui Arif – Roy King


Roy King (kiri)–Arif perlu memberi lebih perhatian terhadap disiplin permainan serta tahap stamina sekiranya mahu tampil lebih konsisten dan berdaya saing di pentas antarabangsa. Foto Agensi

JURULATIH beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi mengakui anak buahnya, Wan Arif Wan Junaidi–Yap Roy King masih berdepan masalah konsistensi sejak berakhirnya Kejuaraan Dunia baru-baru ini.

Masalah itu kembali terserlah apabila pasangan nombor 20 dunia itu tersingkir di pusingan pertama Terbuka Korea Super 500 selepas tewas 18-21, 16-21 kepada gandingan tuan rumah, Jin Yong–Na Sung Seung dalam aksi 45 minit di Gimnasium Suwon.

“Kemunculan mereka selepas Kejuaraan Dunia ada sedikit penurunan. Prestasi masih belum stabil, ada turun naik dan mereka belum benar-benar konsisten,” kata Herry kepada Sukan Sinar.

Herry juga menegaskan sekiranya Arif–Roy King mahu terus bersaing di pentas antarabangsa, aspek disiplin permainan dan tahap stamina perlu diberi perhatian oleh gandingan tersebut.

Awal Ogos lalu, Arif-Roy King menamatkan penantian panjang bergelar juara apabila meraih gelaran Terbuka Macau.

Mereka menewaskan pasangan pilihan utama dari Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dalam perlawanan akhir untuk merangkul gelaran Jelajah Dunia BWF pertama mereka.

Ringkasan AI

  • JURULATIH beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi mengakui anak buahnya, Wan Arif Wan Junaidi–Yap Roy King masih berdepan masalah konsistensi sejak Kejuaraan Dunia baru-baru ini
  • Pasangan nombor 20 dunia itu tersingkir di pusingan pertama Terbuka Korea Super 500
  • Prestasi Wan Arif Wan Junaidi–Yap Roy King masih belum stabil dan belum benar-benar konsisten
  • Herry menegaskan aspek disiplin permainan dan tahap stamina perlu diberi perhatian
  • Arif-Roy King meraih gelaran Terbuka Macau, gelaran Jelajah Dunia BWF pertama mereka

Harga lama: RM2.05/L

Harga baharu: RM1.99/L

Anda jimat RM0.06 setiap liter



Source link

OR

Scroll to Top