May 20, 2024

MB Perlis disiasat SPRM kerana disyaki salah guna kuasa dalam projek pembangunan


PUTRAJAYA – Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam projek pembangunan di negeri itu.

Sumber berkata, bagaimanapun Mohd Shukri telah dibebaskan dengan jaminan suruhanjaya itu setelah ditahan pada kira-kira pukul 11 pagi hari ini semasa beliau hadir untuk dirakamkan percakapan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

“Dipercayai beliau disiasat berhubung dakwaan isu salah guna kuasa membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana termasuk membaik pulih, menyelenggara, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang dihubungi mengesahkan penangkapan Menteri Besar itu pada pagi ini. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top