July 27, 2024

Mbappe tidak disenaraikan dalam skuad awal Olimpik

Mbappe tidak disenaraikan dalam skuad awal Olimpik


Paris: Kylian Mbappe diketepikan daripada skuad awal 25 pemain Perancis untuk kem latihan menjelang Sukan Olimpik Paris tahun ini, kata ketua jurulatih Thierry Henry pada.

Walaupun kehilangannya tidak bermakna pemenang Piala Dunia 2018 diketepikan daripada temasya itu, cuma peluangnya untuk bermain nampaknya semakin sukar.

“Saya tidak menutup pintu cuma kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Tetapi saya mesti membentangkan senarai yang realistik. Senarai itu terbuka kepada semua orang,” kata Henry kepada pemberita.

Jurulatih itu ditanya sama ada dia sedang mengadakan perbincangan dengan Real Madrid, kelab yang dijangka disertai Mbappe dari Paris St Germain.

“Ini adalah senarai semasa, dan ia boleh berubah sehingga 3 Julai. Kelab mempunyai kuasa untuk mengatakan ya atau tidak,” kata Henry.

Real tidak mungkin mahu Mbappe bermain di Olimpik terus selepas mewakili Perancis dalam Euro.

Mbappe secara konsisten menyatakan dia tidak sabar untuk bermain dalam temasya itu di tanah sendiri.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top