Pempengaruh media sosial, Mek Yun menitipkan pesanan agar orang ramai diluar sana sentiasa menghargai momen bersama keluarga terutamanya ibu dan bapa selagi mereka masih ada.
Kata pemilik nama lengkap, Wee Yun Nee, meskipun dia kini berusia 29 tahun, namun dia tidak pernah meninggalkan rutin hariannya untuk mencium dan memeluk ibunya.
Jelasnya, tindakan tersebut dilakukan kerana dia tidak mahu menyesal dikemudian hari sekiranya tidak merebut ruang dan peluang yang ada bersama insan tersayang.
“Walaupun Mek Yun dah umur 29 tahun dah besar dah, dari kecil sampai lah sekarang pun Mek Yun masih selalu peluk Mok (panggilan untuk Mak), cium Mok dan manja-manja dengan Mok.
“Kenapa? Sebab Mekyun takut satu hari nanti Mek Yun akan menyesal kalau tak buat semua tu. Kita tak pernah tahu bila masa Mak Ayah kita akan pergi.

Dalam masa sama, Mek Yun turut mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil mudah peluang untuk menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa.
“Kalau kau orang masih ada Mak, peluklah dia kuat-kuat. Hargai setiap momen dengan dia sebab kita tak pernah tahu bila kali terakhir kita dapat peluk Mak kita,” katanya lagi.





