September 8, 2024

Melancong ke Switzerland, Jepun atau Korea dengan Chin Hin Property

Melancong ke Switzerland, Jepun atau Korea dengan Chin Hin Property


SETELAH mencipta pelbagai kejayaan melalui pembangunan hartanah, kejuruteraan pembinaan dan bahan binaan, Chin Hin Group kini menyambut ulang tahun syarikatnya yang ke-50.

Mengimbas kembali sejarah lima dekadnya, syarikat itu percaya bahawa kejayaan yang dimiliki hari ini hasil daripada sokongan pelanggan setia mereka.

Justeru, sebagai tanda terima kasih , syarikat hartanah itu berbesar hati merealisasikan percutian idaman pelanggan setia melalui kempen Your Dream Destination bersama Chin Hin Property.

Tiga pakej percutian berbeza

Kempen yang berlangsung sepanjang tahun ini bakal menyaksikan tiga pelanggan bertuah memenangi pakej percutian untuk dua orang ke lokasi berbeza pada setiap suku tahun.

Suku ketiga yang akan berlangsung sehingga 30 September ini bakal membawa tiga pelanggan bertuah ke Korea, Jepun serta hadiah utama ke Switzerland.

Bagi menyertai kempen ini, pelanggan hanya perlu membeli mana-mana unit di projek perumahan yang mengambil bahagian dan dibangunkan Chin Hin Property seperti: 

  • Ayanna Resort Residences

Ayanna Resort Residences menampilkan unit kondominium pegangan bebas bercirikan resort yang terletak di Bukit Jalil pada harga bermula RM738,000.

  • Quaver Residence

Quaver Residence menawarkan kediaman apartment servis (serviced apartment) dan dupleks berorientasikan keluarga di Sungai Besi pada harga bermula RM555,000.

  • Avantro Residences

Avantro Residences yang terletak di Bandar Kinrara menampilkan bangunan tinggi menggabungkan unit kediaman dan pusat komersial pada harga bermula RM621,000.

  • Solarvest Suites

Menawarkan suite dengan kedudukan strategik di Bangsar South, Solarvest Suites sesuai bagi mereka yang menginginkan hartanah berkualiti pada harga bermula RM371,000.

  • Dawn KLCC

Dawn KLCC menampilkan unit apartmen servis pegangan bebas berorientasikan gaya hidup di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur pada harga bermula RM713,000.

Sertai Your Dream Destination bersama Chin Hin Property 

Setiap pembeli yang menyertai kempen ini juga bakal menerima tawaran ulang tahun eksklusif selain menikmati penjimatan yuran guaman SPA, yuran guaman perjanjian pinjaman dan duti setem.

Jadikan kediaman impian anda satu kenyataan dan rebut peluang memenangi pakej percutian Chin Hin Property hari ini.

Bagi maklumat lanjut, layari laman sesawang Chin Hin Property sekarang.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top