Dilahirkan dalam keluarga kaya dan ternama adalah satu kelebihan buat anak gadis kepada pasangan usahawan, Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida ini.
Usia baru mencecah 15 tahun namun Qadejah El Zahra punya pakej lengkap sebagai generasi yang bijak dan matang.
Minat Bisnes Sejak Kecil
Tuah Qadejah membesar dalam keluarga bisnes tersohor di Malaysia telah mendedahkan dirinya kepada dunia bisnes.
Akhirnya minat Qadejah terhadap bisnes mulai bercambah.
Wajahnya kini sering muncul di platform media sosial berkongsi tentang rutin kehidupannya termasuk mempromosikan bisnes keluarga.
Selain petah berbicara, Qadejah juga fasih berbahasa Inggeris. Memang terpegun setiap kali melihat video-video Qadejah mempromosikan bisnes keluarganya.
Semakin Cantik Persis Ibu
Meniti usia remaja membawa perubahan kepada Qadejah khususnya dari segi penampilan.
Anak kedua dalam keluarga ini memiliki raut wajah yang cantik dan manis persis ibunya, Datin Seri Nur Shahida.
Ke mana tumpahnya kuah, kan?
Kian Dikenali
Sejak tular, wajah Qadejah kini kerap muncul di platform media sosial. Antaranya menjadi model untuk koleksi As Bag milik bapanya.
Selain itu, Qadejah turut menjadi penampilan khas bersama ibu bapanya bagi koleksi raya Leeyanarahman 2025.
Baru-baru ini, Qadejah terlibat dalam sesi penggambaran Minaz Hijab x Astro di Turkiye sebagai hos bersama Cik B, Ara Aziz dan Alyssa Dezek bagi program Gerak Geri Geng-Z.
BACA JUGA: “Abah Sebenarnya Garang” QADEJAH Dedah Kehidupan Sebagai Anak Jutawan Aliff Syukri
Semoga Qadejah melangkah dengan kejayaan, membesar sebagai anak yang solehah seterusnya tercapai segala impian.
Untuk rekod, DS Aliff Syukri dan DS Nur Shahida mendirikan rumahtangga pada Ogos 2007. Selain Qadejah, lima lagi cahaya mata mereka iaitu Ammar Ahyan, Ibraheem Adham, Yusof Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.
The post Meniti Usia Remaja QADEJAH Sudah Pandai Bergaya & Kian Dikenali appeared first on Hijabista.