Menteri Agama Tegur Isu Lirik Lagu Berunsur Lucah, Penggiat Seni Diseru Patuhi Garis Panduan

Menteri Agama Tegur Isu Lirik Lagu Berunsur Lucah, Penggiat Seni Diseru Patuhi Garis Panduan

Menteri Agama Tegur Isu Lirik Lagu Berunsur Lucah, Penggiat Seni Diseru Patuhi Garis Panduan


Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memandang serius penularan lirik lagu yang mengandungi unsur lucah, tidak senonoh serta bercanggah dengan nilai akhlak dan adab masyarakat, khususnya yang boleh memberi pengaruh negatif kepada generasi muda.

Perkara itu dikongsikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan menerusi satu kenyataan bertajuk Teguran Berkenaan Lirik Lagu Berunsur Lucah yang dimuat naik di Facebook.

Menurut kenyataan itu, Islam menekankan kepentingan menjaga kesucian lidah, pendengaran dan hati, selain mengingatkan agar setiap perkataan yang dilafazkan membawa kebaikan serta tidak mencalarkan maruah dan akhlak insan.

Dalam masa sama, seni dan keindahan diiktiraf, namun seharusnya menjadi medium mendidik, menenangkan jiwa dan menyebarkan nilai murni.

“Garis besarnya, karya seni perlu dipandu adab dan nilai baik supaya membina jiwa serta memberi kesan positif kepada masyarakat, terutama anak muda,” jelasnya menerusi kapsyen hantaran tersebut.

Kenyataan itu turut mengingatkan semua penggiat seni, penerbit, pengkarya serta pihak berkaitan supaya mematuhi Garis Panduan Hiburan Dalam Islam (Edisi Kedua) yang diperakukan melalui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-107 pada 10 hingga 11 Februari 2015.

Antara yang ditekankan, lirik hiburan perlu bebas daripada unsur lucah, maksiat, penghinaan, manipulasi kalimah suci Islam serta perkara yang bercanggah dengan syarak dan nilai kemanusiaan.

Selain itu, semua pihak diseru lebih bertanggungjawab dalam menghasilkan kandungan yang selari dengan adab, budaya dan tuntutan syarak, demi memastikan hiburan kekal sebagai ruang yang memperkukuh akhlak dan bukan sebaliknya.

Mengakhiri teguran, kenyataan itu menegaskan hiburan yang baik ialah hiburan yang memperkasa nilai dan jati diri, di samping mengharapkan teguran tersebut dapat diterima dengan hati terbuka demi kebaikan bersama serta kesejahteraan masyarakat.

Kredit foto: Harian Metro



Source link

OR

Scroll to Top