“Merangkaklah Kau Dekat Akhirat Nanti Nak Minta Maaf”

“Merangkaklah Kau Dekat Akhirat Nanti Nak Minta Maaf”


Usahawan dan pempengaruh media sosial, Noor Nabila meluahkan rasa kesal dengan satu hantaran yang didakwa taktik untuk memancing orang menekan ‘link’ untuk meraih keuntungan.

Menerusi satu hantaran di Insta Story, Nabila turut menafikan dakwaan dia memasak seekor ayam hitam mencecah harga RM800.

BACA: “Dia Penyayang, Tak Berkira, Nabila Kelakar Sebenarnya” – Kekasih

Nabila turut menunjukkan paparan harga ayam hitam berkenaan iaitu RM29 serta menafikan dakwaan ianya berharga RM800.

Sementara itu, Nabila turut kecewa dengan dakwaan individu berkenaan serta mengingatkan mengenai pembalasan di akhirat. 

“Dah berapa banyak komisyen dia dapat. Hidup dengan memfitnah orang. Merangkaklah kau dekat akhirat nanti nak minta maaf,” tulisnya.






Source link

OR

Scroll to Top