Messi kali pertama 'tersingkir' daripada senarai FIFPRO

Messi kali pertama 'tersingkir' daripada senarai FIFPRO


London: Enam pemain Real Madrid, dan empat dari Manchester City tersenarai dalam FIFPRO World 11 tahun ini, dengan Lionel Messi tidak tersenarai buat pertama kalinya dalam hampir 20 tahun.

FIFPRO World 11 2024 merupakan edisi pertama sejak 2006 yang tidak menyenaraikan Messi. Pemain Argentina itu, yang memegang rekod dengan 17 pemilihan, digantikan di barisan hadapan oleh Erling Haaland, Kylian Mbappe, dan Vinicius Jr.

Jude Bellingham menduduki tempat pertama dalam undian keseluruhan bagi kategori lelaki, dengan pemain tengah Real Madrid dan England itu menerima 11,176 undian daripada rakan sepasukannya.

Pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk, menjadi satu-satunya pemain selain dari Real Madrid dan City yang tersenarai dalam kategori lelaki tahun ini.

Pemain England mendominasi FIFPRO Women’s World 11 2024 dengan lima pemain tonggak terpilih iaitu Lucy Bronze, Mary Earps, Alex Greenwood, Lauren James, dan Keira Walsh.

Pemilihan ketujuh Lucy Bronze menyamakan rekod terbanyak bersama Wendie Renard. Barbra Banda dari Zambia pula menjadi pemain Afrika pertama yang tersenarai dalam FIFPRO Women’s World 11.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top