syazrina@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan Sabah dan Sarawak.
MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, kawasan terbabit bagi Sarawak ialah, Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang (Limbang).
Bagi Sabah pula ialah, Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan).
“Amaran ribut petir hujan lebat dan angin kencang ini dijangka berlaku sehingga jam 5 petang, Khamis, 21 Mei 2026,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan jam 3 petang, hari ini.
Katanya, amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd






