July 27, 2024

Miliki emas, kediaman idaman bersama LBS sempena lebaran

Miliki emas, kediaman idaman bersama LBS sempena lebaran


Sempena Syawal ini, LBS Bina Group Berhad (LBS) bakal merealisasikan impian pemilikan rumah dengan sentuhan emas.

Kempen terbaru mereka ‘Emas Bling-Bling Bersama LBS’, menawarkan rakyat Malaysia peluang untuk menyambut Aidilfitri di kediaman baru selain peluang memenangi jongkong emas 999.9.

Dilancarkan untuk membawa kegembiraan dan kemakmuran kepada semua, kempen ini menawarkan gabungan kediaman baharu yang cantik, hadiah hebat dan insentif menarik.

Bukan sekadar menjual rumah, kempen ini juga mengenai membina kehidupan dan masa depan serta meraikan kepentingan masyarakat terutama ketika hari raya iaitu masa untuk kebersamaan dan kegembiraan.

Miliki kediaman, bawa pulang emas lebaran ini


Projek rumah bandar KITA Bestari, Cybersouth (kiri) dan Prestige Residence, Seri Kembangan (kanan). – FOTO LBS

Memahami bahawa laluan pemilikan rumah adalah unik untuk setiap individu, LBS menyesuaikan mesejnya kepada segmen yang berbeza.

Buat pembeli rumah pertama atau mereka yang ingin menaik taraf kediaman, ‘Emas Bling-Bling Bersama LBS’ menawarkan kombinasi hebat bagi tawaran perayaan dan faedah jangka panjang.

Berlangsung mulai 1 April hingga 31 Mei 2024, kempen ini bukan saja memberi peluang kepada orang ramai peluang untuk memenangi emas malah pembeli juga bakal menikmati kelebihan berikut:

  • Pakej kelengkapan perabot (Untuk projek terpilih sahaja)
  • Ganjaran kesetiaan
  • Pengecualian yuran guaman
  • Skim bayaran fleksibel
  • Yuran keluar sifar
  • Bayaran tempahan rendah

Untuk menyertai ‘Emas Bling-Bling Bersama LBS’ dan merebut peluang memenangi jongkong emas bernilai sehingga RM600,000*, orang ramai hanya perlu menandatangani perjanjian jual beli sebelum 31 Mei 2024 dan mendapat kelulusan pinjaman perumahan daripada bank.

Bermula dari RM1,100* sebulan, mereka yang berminat boleh memilih kediaman dari beberapa buah projek hartanah LBS seperti berikut:

  • KITA Bestari (rumah bandar), Cybersouth
  • KITA Sejati, Cybersouth
  • Prestige Residence, Seri Kembangan
  • Astella @ D’island Residence, Puchong
  • BSP Sutera (pangsapuri), Puchong
  • BSP Sutera (rumah bandar), Puchong

Sepanjang tempoh kempen ini berlangsung, rakyat Malaysia juga boleh menyertai permainan maya, ‘Golden Raya Challenge’.

Para peserta hanya perlu bermain permainan ular dan mengumpul ikon raya dan ikon emas untuk mendapatkan mata.

Markah tertinggi yang diserahkan bersama butiran peribadi peserta bakal memenangi hadiah seperti peti sejuk mini, penggoreng udara, pembesar suara pintar atau baucar saguhati.

Ayuh hadiahkan diri anda dan insan tersayang hadiah masa depan yang lebih terjamin serta peluang memenangi jongkong emas sempena Syawal ini.

Layari pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hartanah LBS yang mengambil bahagian dan mulakan perjalanan pemilikan kediaman idaman anda hari ini.

*Tertakluk pada terma dan syarat

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top