July 27, 2024

Dah kalah, semua salah

Dah kalah, semua salah


Sheffield, United Kingdom: Atlet Iran Hossein Vafaei berkata, Crucible Theatre yang menjadi venue Kejohanan Snuker Dunia berbau busuk dan penganjur perlu belajar daripada China yang melayan pemain seperti bintang.

Vafaei tewas pusingan pertama 10-5 di tangan bekas juara Judd Trump dan kemudiannya mengkritik arena di Sheffield yang menjadi venue kejohanan sejak 1977.

“Semuanya sangat teruk. Jika anda tanya saya sama ada mahu datang semula ke sini, saya beritahu anda sama sekali tidak,” kata Vafaei.

“Lupakan sejarah, anda mahu ke tempat yang bagus sebagai pemain. Anda berjalan sekitar Crucible dan baunya sangat teruk. Jika anda ke negara lain, semuanya bagus tetapi di sini sangat berbeza.

“Bilik latihannya — adakah anda lihat sesuatu istimewa? Saya rasa seperti berlatih di garaj.”

Pemain nombor satu dunia Ronnie O’Sullivan sebelum ini mencadangkan kejohanan dunia dipindahkan ke Arab Saudi atau China apabila tamat kontrak pada 2027.

“Lihat venue di China, mengagumkan cara mereka melayani pemain, karpet merah dan upacara pembukaan,” kata Vafaei.

“Pemain dilayan seperti bintang tetapi di sini tiada siapa mempedulikan pemain sebelum atau selepas perlawanan. Jika mereka tak mahu kehilangan Crubicle, laburkan sedikit wang, jadikan ia lebih terang, indah dan lebih mewah di mata penonton.”

Jelajah Snuker Dunia dalam respon mereka berkata Crucible venue bersejarah dan terdapat had susulan saiz ruang belakang arena dan akan bekerjasama dengan Crubicle supaya lebih mesra pemain dan penonton.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top