Pelakon, Ezzanie Jasny tampil memohon maaf kepada peminat di Kedah atas tindakannya baru-baru ini yang memilih untuk tidak mengambil gambar atau video bersama mereka.
Menerusi ciapan di platform Threads miliknya, Ezzanie atau nama penuhnya, Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 27, menjelaskan keadaan tersebut berlaku atas sebab wajahnya masih bengkak susulan terbabit dalam kemalangan.
“Sorry tau orang Alor Setar, kami bukan berlagak tak nak ambil video atau gambar, tapi kami baru lepas kemalangankan.
“Kami singgah makan saja, rupa pun tengah buruk. Sorry hampa tau,” katanya.

Terdahulu, Ezzanie mengejutkan ramai apabila dia terlibat dalam kemalangan bersama ibu bapa sehingga mengalami kecedaraan serius di bahagian tengkorak, selain wajahnya bengkak.
Artikel Berkaitan: “Mohon Doakan Kami” – Ezzanie Jasny Terlibat Kemalangan Bersama Ibu Bapa, Alami Kecederaan Di Kepala






