Lebih 500 Jemaah Solatkan Jenazah Allahyarham Nadia Kesuma – “Pengakhiran Yang Sempurna & Baik”

Lebih 500 Jemaah Solatkan Jenazah Allahyarham Nadia Kesuma – “Pengakhiran Yang Sempurna & Baik”


Jenazah pelakon Allahyarham Nadia Kesuma dilaporkan telah disolatkan oleh lebih 500 jemaah di Jeddah, Arab Saudi, sekali gus mencerminkan pengakhiran yang baik dan penuh keberkatan buat arwah.

Perkara itu dikongsikan oleh anak arwah yang dikenali sebagai @myyrraaa menerusi hantaran di Threads baru-baru ini.

Malah, dalam hantaran sama, anak Allahyraham meluahkan emosi dan rasa syukurnya selain merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan pemergian ibunya.

“Alhamdulillah ma, syukur pengakhiran mama sangat sempurna dan baik. Lebih 500 orang jemaah di tanah Jeddah yang solatkan dan mendoakan mama. Rakyat Malaysia pun ramai sangat yang mendoakan mama. Mama rehat di sana ya, Insya allah, dengan doa-doa dia orang ramai dan amal kebaikan mama di dunia, menjadi saham mama di akhirat, Insyaa-Allah.

“Alhamdulillah syukur sangat-sangat . Insyaa-Allah, kita berjumpa semula sekeluarga di syurga ya mama, Assalamualaikum,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tidak Salahkan Sesiapa, Allah Pilih Bumi Anbiya Sebagai Tempat Terakhirnya” –  Suami Allahyarham Nadia Kesuma

ARTIKEL BERKAITAN:Rakaman CCTV Jadi Bukti Arwah Nadia Kesuma Rebah Di Lapangan Terbang Jeddah

ARTIKEL BERKAITAN:Jenazah Nadia Kesuma Bakal Dikebumikan Di Arab Saudi, Suami & Anak Bakal Terbang Ke Jeddah Pagi Ini

ARTIKEL BERKAITAN:Nadia Kesuma Meninggal Dunia Di Jeddah, Suami & Anak Kongsi Khabar Duka

ARTIKEL BERKAITAN:Suami Nadia Kesuma Perjelas Salah Faham Kenyataan ‘I Met Strangers’ – “Dia Share Umrah Kali Ini Berbeza…”

Tidak habis disitu, ahli keluarga sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan Allahyarham.

“Ya Allah, kau tempatkanlah Nadiah Kasumawati Bt Abdul Karim di syurga-Mu yang tertinggi iaitu Jannatul Firdaus, bebaskanlah dia daripada segala seksaan kubur, dan tempatkanlah rohnya dalam kalangan orang yang beriman.

“Mohon sedekahkan al-fatihah kepada arwah, terima kasih orang-orang baik,” jelasnya.



Source link

OR

Scroll to Top