Misteri kehilangan warga emas terjawab

Misteri kehilangan warga emas terjawab



am@hmetro.com.my

Kuala Selangor: Misteri kehilangan seorang lelaki warga emas sejak awal bulan ini terjawab apabila mayatnya ditemukan di kawasan kebun kelapa sawit di Jalan Maksah 2, Jeram, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan itu daripada orang awam jam 8.14 malam.

Beliau berkata, pengadu mengesahkan mayat itu adalah datuknya yang dilaporkan hilang pada 3 Januari lalu.

“Siasatan awal mendapati mangsa berusia 87 tahun mempunyai masalah kurang daya ingatan.

“Kali terakhir lelaki itu dilihat ahli keluarganya pada jam 3 petang, 3 Januari lalu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azaharudin berkata, mayat dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top