“Moga Allah Lindung Kita Dari Segala Fitnah, Tutup Aib Kita Semua”

“Moga Allah Lindung Kita Dari Segala Fitnah, Tutup Aib Kita Semua”


Pelakon Yusuf Bahrin enggan melayan spekulasi yang mendakwa punca keretakan rumah tangganya dengan bekas isteri, Zizi Kirana kerana wujud orang ketiga.

Memetik mStar Online, Yusuf berkata dia memilih berdiam diri kerana beranggapan seandainya memberikan reaksi akan mengeruhkan lagi keadaan.

BACA: Netizen Dakwa Alya Iman Jadi Punca Cerai, Yusuf Bahrin Mahu Ambil Tindakan

“Benda ini balik kepada apa orang nak cakap, kita tak boleh nak halang. Apa orang nak tuduh pun kita tak boleh nak halang. Kita nak tegakkan benda yang betul pun kadang-kadang orang tetap tak percaya. Walaupun kita sendiri yang tahu apa yang jadi.

“Jadi, benda ini tidak perlu layanlah. Kita doakan yang baik-baik untuk mereka yang terus bercakap ini. Kita tak benci orang itu, kita benci perbuatan yang dia buat. Bercakap tanpa selidik, tanpa tahu benda yang betul, bila menuduh, buat fitnah, itu dosa!” katanya.

Sementara itu, Yusuf mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu mengambil tahu hal peribadi orang lain serta berharap agar aib kita akan sentiasa dipelihara.

“Moga Allah lindung kita daripada segala fitnah, tutup aib kita semua. Selama kita hidup ini, kalau Allah saja nak buka aib kita, seorang pun takkan kawan dengan kita. Tapi Allah Maha Baik, Allah tutup aib kita.

“Jadi masing-masing kena beringatlah, jangan buat macam kita ini tak ada aib langsung, tak ada dosa langsung. Jangan suka bercakap pasal orang,” katanya.

Terdahulu, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 namun bercerai pada 2 April lalu.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top