“Saya Izinkan Isteri Beraya Di Sarawak, Saya Jaga Ibu”

“Saya Izinkan Isteri Beraya Di Sarawak, Saya Jaga Ibu”


Pelakon Fikry Ibrahim menafikan dakwaan rumau tanggnya dengan isteri, Siti Khalizah Alihan kerana tidak memuat naik gambar gambar beraya bersama.

Memetik HibGlam, Fikry berkata dia terkejut dengan spekulasi berkenaan sebaliknya dia dan isteri sepakat tidak berkongsi foto bersama demi privasi.

BACA: “Siapa Je Yang Kahwin Tak Nak Bahagia?” – Isteri Fikry Ibrahim

“Itu semua hanya spekulasi (rumah tangga retak). Semuanya kerana kami tidak berkongsi gambar bersama.

“Kalau anda semua boleh lihat, kali terakhir saya berkongsi foto dengan ibu. Adakah itu menunjukkan saya bergaduh dengan ibu saya? Tidak juga.

“Saya dan isteri berasakan lebih baik untuk tidak berkongsi gambar bersama. Saya agak terkejut bila ada lagi khabar angin (kisah rumah tangga) ini, disebabkan itu saya ketawa saja,” katanya.

Sementara itu, menjawab mengenai dakwaan sambut Hari Raya berasingan, Fikry berkata dia mengizinkan Khalizah beraya di Sarawak kerana tahun ini giliran isterinya dan tanggungjawagnya menjaga ibu menjadi keutamaan.

“Isteri beraya di Sarawak. Tahun ini giliran isteri cuma saya kena jaga ibu. Pak cik saya pun tak sihat.

“Jadi saya mengizinkan isteri untuk balik ke Sarawak beraya bersama keluarga.

“Sebelum raya kami beli baju raya sekali jadi tak timbul isu masalah rumah tangga ini,” katanya.

Sumber: HibGlam






Source link

OR

Scroll to Top