Pelakon Norman Hakim menyentuh hati ramai apabila berkongsi momen solat berjemaah bersama anaknya, Marissa Dania di media sosial.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Norman meluahkan rasa syukurnya selain menitipkan doa agar segala harapan dan doa yang disuarakan anaknya itu dipermudahkan dan dimakbulkan Allah SWT.
“Papa doakan apa yang adik bisik dekat telinga Papa masa salam Raya baru-baru ini Alalh SWT makbulkan, inshaa-Allah,” katanya.
Dalam masa sama, Norman turut merakamkan penghargaan kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan serta memberi kata-kata positif buat anaknya.
“Terima kasih atas doa-doa dan sangkaan yang baik-baik untuk anak solehah ini. We love you sayang,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat hubungan kedua beranak itu sekaligusberharap kemelut rumah tangganya dapat diselesaikan dengan segera.
Pada Rabu, Marissa menerusi perkongsian di Instagram miliknya mengakui dia nekad untuk meneruskan proses perceraian dengan suaminya, Ahmad Aslam.
Manakala, Isnin lalu, pasangan itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi sebutan pertama kes pengesahan lafaz cerai dan rujuk di hadapan Hakim Syarie, Nadia Khamis.
Sebelum ini, individu dikenali sebagai Ammar mendedahkan Aslam didakwa pernah melafazkan cerai terhadap Marissa di luar mahkamah pada September 2024 dan Jun 2025.
Bagaimanapun, pasangan itu kembali rujuk dalam tempoh bulan sama.
Untuk rekod, pada 10 Mac lalu, Ahmad Aslam memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk di mahkamah sama.
Terdahulu, pasangan itu pernah hadir ke mahkamah pada Mei tahun lalu bagi pengesahan pernikahan selepas bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Perkahwinan berkenaan mencetuskan perhatian apabila didakwa berlangsung tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan serta keluarga kedua-dua belah pihak termasuk ibu bapa Marissa, Norman Hakim dan Abby Abadi.
Artikel Berkaitan:Marissa Dania Akui Kini Dalam Proses Berpisah Dengan Aslam – “Tolong Beri Kami Ruang”
Artikel Berkaitan: Umisya Mazlan Dedah Aslam Pernah Lafaz Taklik, Tampil Bongkar Kisah Sebenar Di Sebalik Poligami – “Saya Pernah Minta Pihak Sana Buat Laporan…”
Artikel Berkaitan: Isu Sijil Nikah Selesai, Peguam Tampil Jelaskan Kekeliruan Perkahwinan Aslam & Marissa Dania






