MPM ikat kolaborasi bersama empat rakan strategik

MPM ikat kolaborasi bersama empat rakan strategik


MAJLIS Paralimpik Malaysia (MPM) bakal mengorak langkah besar dalam mencari rakan kerjasama strategik bagi mengukuhkan kewangan dan memberi lebih banyak peluang kepada atlet para tanah air.

Kehadiran empat rakan strategik memberi nafas baharu kepada MPM dengan pelbagai faedah yang dapat dimanfaatkan semua atlet para dan bekas atlet.

Terbaharu empat syarikat bersetuju mengikat perjanjian kerjasama dengan MPM iaitu GMat Sdn Bhd, Yayasan Pemerkasaan Pendidikan dan Kemahiran, Go Sport Ventures Sdn Bhd dan Media Communication Sdn Bhd.

Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, jalinan kerjasama itu amat bermakna kerana pelbagai program boleh dilaksanakan oleh persatuan.

“Empat syarikat yang bekerjasama dengan MPM meliputi pelbagai cabang iaitu dapat membantu semua atlet (GMat) memberi pekerjaan kepada atlet dan bekas atlet (Yayasan Pemerkasaan Pendidikan dan Kemahiran).

“Penyiaran dan sistem pertandingan (Media Communication) dan program untuk atlet-atlet ID dan anjakan sukan-sukan istimewa untuk MPM (Go Sport).

“Kita mahu lebih ramai rakan strategik, tetapi dalam masa kita juga perlu ada ‘bisnes minded’ bukan hanya menerima.

“Kita kena buat dan mencari (peluang). Dalam tempoh sebulan dua lagi kita akan tubuh satu Yayasan Paralimpik Malaysia dan akan melaksanakan lebih banyak nilai komersial,” katanya.

Dalam pada itu, MPM akan membuat tiga program besar iaitu Pelancaran Buku 35 Tahun Majlis Paralimpik Malaysia, Setem Korporat Edisi Khas dan Pengumuman Majlis Makan Malam Amal MPM.

“Setem khas dengan muka atlet-atlet paralimpik negara sebagai penghormatan kepada mereka dalam tempoh dua bulan lagi.

“Manakala buku akan dilancarkan bersama dengan Makan Malam Amal MPM,” ujar Megat Shahriman.



Source link

OR

Scroll to Top