May 24, 2024

Mufti Tegur Trend Menari ‘Alamak Raya Lagi’, Hijabi Wajib Baca – Hijabista

Pernah tak hijabi sedang diet dan hanya makan buah-buahan, tapi berat badan masih lagi sama? Sebenarnya, tak semua buah merupakan pilihan yang tepat untuk berdiet. Bahkan, sesetengah buah juga boleh menjadi penyebab berat badan anda naik!

Setiap wanita ‘mendambakan’ tubuh badan yang cantik, bukannya semata-mata untuk menjaga penampilan, tetapi juga untuk kesihatan. Berat badan berlebihan sering dikaitkan dengan risiko pelbagai penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung. Oleh itu, penting untuk setiap individu menjaga berat badan. Namun, nak diet juga ada cara yang betul!

Kadar gula (GI) yang tinggi

Buah mempunyai sumber nutrien dan serat yang baik. Ianya sering menjadi sumber makanan ketika diet. Walau bagaimanapun, sesetengah buah mengandungi kadar gula yang tinggi, dan ini boleh menyukarkan proses penurunan berat badan. Apabila gula diserap dengan cepat ke dalam aliran darah, ia disimpan sebagai ‘glikogen’.

Proses ini menyebabkan anda berasa lapar, dan jika ini sering berlaku, gula yang disimpan boleh bertukar menjadi lemak. Untuk mengetahui buah jenis mana yang elok untuk diet, anda perlu lah memilih buah-buahan yang memiliki Indeks Glisemik (GI) yang rendah.

Secara ringkasnya, Indeks Glisemik (GI) ialah kadar gula dalam makanan. Bacaannya ialah:

  • Rendah: 55 dan ke bawah
  • Sederhana: 56 ke 69
  • Tinggi: 70 dan ke atas

Artikel berkaitan: Rupanya Makan Buah Epal Bersama Mentega Kacang Resipi Diet Mudah Untuk Yang Nak Kurus Cepat

Buah yang perlu dielakkan semasa diet

Sesetengah buah-buahan mengandungi kadar gula yang tinggi, yang boleh menyukarkan diri mematuhi diet. Menurut satu portal, anda perlu mengelakkan buah-buahan dibawah (yang mempunyai Indeks Glisemik yang tinggi) supaya proses diet anda berjaya serta dapat mengurangkan berat badan:

#1 Kurma kering

Sumber gambar dari Google

Tahukah anda bahawa kurma kering mempunyai kandungan gula yang paling tinggi berbanding mana-mana buah? Kurma kering mempunyai indeks glisemik (GI) sebanyak 103, yang lebih tinggi daripada glukosa tulen.

Ia semestinya bukan pilihan yang baik untuk penghidap diabetes. Bukan itu sahaja,kadar gula yang tinggi ini juga boleh menyebabkan kenaikan berat badan serta kencing manis. Sebaliknya, anda boleh mengamalkan aprikot atau kismis, yang mempunyai kadar gula yang lebih rendah. Bukan itu sahaja, aprikot dan kismis juga boleh membekalkan serat dan nutrien lain.

#2 Tembikai

Sumber gambar dari Google

Siapa dekat sini buah kegemarannya adalah tembikai? Ha, tembikai mungkin kelihatan seperti buah yang sihat(tinggi air dan serat) tetapi hijabi tahu tak bahawa kandungan gulanya tinggi? Ia mempunyai indeks glisemik (GI) sebanyak 72.

Sebaliknya, anda boleh amalkan pengambilan salad buah-buahan dengan buah lain seperti oren,strawberi,ceri atau pir yang mempunyai kadar gula yang rendah. Tenaga daripada buah-buahan ini juga bertahan lebih lama, serta membantu mengelakkan anda daripada mengambil kalori tambahan.

#3 Nenas

Sumber gambar dari Google

Walaupun nenas mungkin mengandungi gula yang tinggi, ia masih merupakan pilihan yang sihat. Ia mempunyai indeks glisemik sederhana iaitu 61, bermakna ia tidak akan menyebabkan peningkatan mendadak dalam paras gula darah.

Tiada siapa dapat menyangkal rasa manis nenas, lagi-lagi kalau dapat masa teringin makanan manis! Tetapi, jika anda menginginkan buah manis ketika sedang berdiet, buah pic merupakan alternatif yang lebih baik. Selain pic, epal juga boleh menjadi pilihan yang baik untuk seseorang yang sedang berdiet, kerana ia tidak terlalu manis seperti buah-buahan lain.

#4 Laici

Sumber gambar dari Google

Hijabi, anda perlu elakkan makan laici semasa berdiet! Laici merupakan buah tropika dari selatan China yang mempunyai indeks glisemik tinggi pada tahun 70-an.  Kini, ia masih mempunyai skor glisemik yang tinggi dan semestinya bukan pilihan yang baik untuk diet.

Sebaliknya, cuba makan ceri hitam(GI: 22) atau limau gedang merah(GI: 25), kedua-duanya mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah dan merupakan pilihan yang lebih sihat. Bukan itu sahaja, Ceri juga sedap dimakan begitu sahaja, ditambahkan pada salad ataupun dijadikan campuran smoothie atau jus segar.

Artikel berkaitan: Buah-buahan Memang Bagus Untuk Mereka Yang Berdiet Tapi Salah Cara Makan Boleh Buat Diet Gagal

Ringkasnya, elakkan buah-buahan tinggi gula semasa berdiet untuk memastikan ‘progress’ anda berjalan dan  berada di landasan yang betul. Sebaliknya, amalkan makan buah yang rendah gula seperti ceri, aprikot, pir, epal dan lain-lain. Jangan pula ‘complain’ badan semakin naik ya!

Sumber: Healthfully

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI

OR

Scroll to Top