July 27, 2024

NAFAS sasar kekal bayar dividen lapan hingga 10 peratus

NAFAS sasar kekal bayar dividen lapan hingga 10 peratus


PUTRAJAYA – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan mengekalkan sasaran untuk pembayaran dividen Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP), Dana Peladang Kebangsaan (DPK) sebanyak lapan hingga 10 peratus pada tahun depan.

Pengurus Besarnya, Muhammad Faris Arriffin berkata, pada masa sama pihaknya akan cuba menambah aset di bawah pengurusan NAFAS.

Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Muhammad Faris Arriffin.

So far, dari tahun ke tahun kita semakin meningkat dan pada tahun ini dalam RM288 juta (dana). Kita harap dapat meningkatkan lagi aset di bawah pengurusan dan dapat mengekalkan dividen yang berpatutan kepada pelabur,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Dividen SPKP Dana NAFAS di sini hari ini.

Menurut Muhammad Faris, DPK mengekalkan struktur portfolio strategik apabila melabur menerusi pembiayaan dan juga tunai.
Meskipun begitu kata beliau, risiko yang mungkin dialami akan mengikut kepada pasaran modal semasa.

“Untuk pelaburan kita invest (labur) dalam ikuiti capital market dan juga pasaran patuh syariah. Dana ini diuruskan oleh fund manager dalam NAFAS yang merupakan staf NAFAS sendiri dan juga dikawal selia oleh beberapa jawatankuasa yang mana ada wakil daripada ahli perbankan, ada wakil daripada MOF (Kementerian Kewangan), wakil dari KPKM, LPP untuk kawal selia risk profail sendiri.

“Jadi, dari tahun ke tahun kita setkan target yang ketat dan melalui beberapa proses yang jelas supaya setiap pelaburan yang dilakukan akn memberikan pulangan yang berpatutan daripada pelabur,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Peladang Selangor, Datuk Abdul Rahman Bakri berharap NAFAS akan dapat mengekalkan prestasi keuntungan pelaburan lebih daripada 10 peratus bagi tahun berakhir tahun ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menyerahkan trofi kepada penerima Anugerah Pelaburan Tertinggi SPKP DPK yang merupakan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Selangor, Datuk Dr Abd Rahman Bakri pada Majlis Pengumuman Dividen Skim Pelaburan Khas Peladang Dana Peladang Kebangsaan (DPK) Tahun 2023 di Hotel Palm Garden, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 10 JUN 2024

Katanya, jika sasaran itu dapat dicapai beliau yakin ia mampu menarik lebih ramai lagi pihak yang akan melabur menerusi DPK ini.

“Saya harap dividen bagi tempoh yang akan datang kalau boleh lebih daripada 10 peratuslah, itu harapan kita supaya akan lebih ramai lagi yang akan melabur,” katanya yang merupakan wakil dari Pertubuhan Peladang Kawasan Bernam Jaya.

Seorang lagi penerima hadiah tempat ketiga bagi pelaburan sepanjang Kempen Penambahan Pelaburan SPKP-DPK (Go Invest), Mehad Othman berkata, Pertubuhan Peladang di kawasannya telahpun melabur menerusi DPK hampir RM1 juta.

Penerima tempat ketika bagi anugerah Kempen Penambahan Pelaburan SPKP DPK Go Invest, Mehad Othman.

Katanya, menerusi keuntungan yang diperoleh daripada saham hasil daripada pelaburan yang dibuat mereka kini mampu menjana perniagaan lain.

“Macam kami di Yan Kedah kita buat sawah padi, dan daripada saham ahli-ahli kami yang dilaburkan lebih sejuta itu, kami boleh buat perniagaan lain,” tambahnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

NAFAS umum 9 peratus dividen Dana Peladang Kebangsaan

 



Source link

OR

Scroll to Top