July 27, 2024

Bantuan RM200 cukup tampung penggunaan diesel bagi individu

Bantuan RM200 cukup tampung penggunaan diesel bagi individu


PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan yakin bantuan RM200 menerusi inisiatif Budi Madani mencukupi, Amir Hamzah menampung penggunaan diesel bagi individu.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ia berdasarkan data Jabatan Perangkaan menerusi penggunaan diesel oleh individu setiap hari.

“Dengan RM200 ia dapat tampung 80 peratus kegunaan individu berdasarkan data (kerana) diesel mileage lebih sikit iaitu antara 75 hingga 100 kilometer sehari, itu cukup.

“Kalau ada isu atau rayuan atau apa mereka boleh buat dan kita kena lihat dari segi kemampuan dan permohonan itu,” katanya dalam sidang media penyasaran subsidi diesel di sini hari ini.

Amir Hamzah mengumumkan harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter iaitu harga pasaran tanpa subsidi bermula 12.01 tengah malam ini.

Di bawah Budi Madani, bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan diberikan kepada pemilik kenderaan diesel persendirian bagi individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi.

Bermula 28 Mei lalu, Kementerian Kewangan telah membuka pendaftaran Budi Madani susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Permohonan bantuan subsidi tunai berjumlah RM200 sebulan ditu  tiada tarikh tutup dan individu berkelayakan digesa memohon untuk mendapat manfaat.

Inisiatif Budi Madani dilaksana sebagai langkah untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak dan mengurangkan beban golongan yang memerlukan.

Seramai 30,000 pemilik kenderaan diesel akan menerima RM200 bantuan tunai bulanan yang pertama bermula esok. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kerajaan umum harga diesel RM3.35 seliter di Semenanjung mulai tengah malam ini



Source link

OR

Scroll to Top