Pelakon Aedy Ashraf berkongsikan ciri-ciri wanita idamannya untuk dijadikan sebagai isteri serta suri hati hidupnya.
Menerusi satu podcast, Aedy berkata dia mahukan seorang wanita yang sederhana serta menjalani kehidupan sebagai seorang yan normal.
BACA: Aedy Ashraf Setuju Lelaki Miskin Belum Layak Kahwin
“Saya nak wanita yang simple. Saya sentiasa berada di situasi yang glamour, hidup saya sendiri glamour dan pernah bersama dengan seseorang yang glamour.
“Pada akhirnya saya cuma nak sebuah kehidupan yang biasa sahaja. Nak balik rumah dan hidup sebagai seorang yang normal kerana kerja saya dah begitu. Saya nak simple life,” katanya.
Sementara itu, Aedy turut berkongsikan karakter wanita yang diidamkan dan baginya kecantikan itu adalah subjektif.
“Saya nak bila bangun tidur, saya lihat wajah dia dan saya tersenyum. Tapi cantik adalah subjektif. Apa yang cantik bagi saya mungkin tak cantik bagi orang lain, apa yang cantik bagi orang lain munkin tak cantik di matanya,” katanya.
Dalam pada itu, Aedy berkata dia impikan untuk membina keluarga yang tidak pernah dimiliki olahnya sebelum ini serta mahu berikan kehidupan yang baik buat keluarganya.
“Saya nak keluarga yang saya tak pernah ada. Saya akan pastikan anak dan keluarga saya takkan lalui apa yang saya pernah lalui kerana bagi saya tak semua orang boleh hadap,” katanya.






