“Nak Tengok Ke Saya Pakai Crop Top?”

“Nak Tengok Ke Saya Pakai Crop Top?”


Pempengaruh media sosial, Cik B menjelaskan penampilannya di program Talk To My Manager 2 yang dikatakan terlalu boyish oleh segelintir netizen.

Memetik Astro Gempak, Cik B berkata baju yang dipakainya itu adalah untuk uniseks yang boleh dipakai oleh lelaki dan wanita.

BACA: “Ingat Saya Terhegeh-Hegeh Sangat Ke Dekat Mak Awak?” – Iqbal Tegur Cik B Jangan Biadab

Jelas Cik B lagi, mungkin kerana gaya rambutnya yang pendek membuatkan dirinya seolah berpakaian lelaki.

“Ramai cakap saya pakai baju ‘boyish’, baju yang saya pakai itu sebenarnya baju unisex, lelaki dan perempuan pun boleh pakai.

“Cuma rambut saya sahaja yang pendek, jadi mereka nampak saya ini seolah-olah nak berpakaian lelaki,” katanya.

Sementara itu, Cik B berkata pakaiannya itu mengikut keselesaan serta bersesuaian dengan bentuk badannya.

“Sebenarnya saya berpakaian mengikut keselesaan. Saya ini sudahlah berbadan besar, nak tengok ke saya pakai crop top? Untuk persembahan minggu keempat ini saya memakai skirt, jadi perlahan-lahan lah berubah,” katanya.

Sumber: Astro Gempak






Source link

OR

Scroll to Top