“Kalau Tak Nak Jumpa Orang Toksik, Duduk Di Tikar Sembahyang” 

“Kalau Tak Nak Jumpa Orang Toksik, Duduk Di Tikar Sembahyang” 


Pelakon dan ikon fesyen Wak Doyok menjelaskan tindakannya meninggal komen terhadap pelakon Alya Iman dengan mendakwa individu itu sendiri yang bersikap toksik, bukan platform Threads.

Terdahulu, Alya Iman menyifatkan aplikasi Threads sebagai platform paling toksik serta memilih untuk menjauhkan diri dari media sosial berkenaan.

BACA: “Saya Sangat Benci Threads, Mereka Ibarat Tiada Agama” 

Memetik mStar Online, Wak berkata hantaran berkenaan adalah secara umum dan tidak tujukan kepada mana-mana pihak.

Tambah Wak lagi, setiap individu perlu terima hakikat dan  dengan hati terbuka bahawa sikap negatif wujud dimana-mana termasuk di media sosial.

“Tak boleh nak serkap jarang, di mana-mana ada toksik termasuk media sosial. Kalau tak nak berjumpa dengan orang toksik, duduk di tikar sembahyang bercakap dengan Allah SWT.

“Tapi dengan manusia kena hadap semua itu, kadang-kadang cakap orang toksik tapi sebenarnya kita sendiri yang toksik, jadi muhasabah diri,” katanya.

Dalam pada itu, Wak berkata individu yang terasa dengan kenyataanya itu mungkin ianya berkaitan dengan mereka sendiri.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top