July 15, 2024

Naratif kelayakan akademik tidak beri kesan pada Abidin

Naratif kelayakan akademik tidak beri kesan pada Abidin


NIBONG TEBAL – Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menyifatkan beliau tidak terkesan dengan naratif kelayakan akademik yang dimainkan pihak lawan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

Beliau yang mesra disapa sebagai Abang Bidin berkata, perkara itu bukan sesuatu yang perlu dipertikai, sebaliknya sokongan masyarakat lebih diutamakan dalam tempoh berkempen ketika ini.

“Tak pa..(dalam isu kelayakan akademik) masing-masing ada kelebihan tersendiri.

“Kalau saya ada kelayakan darjah enam mahu pun diploma orang complain (merungut), jadi itu bukan isu yang penting.

“Sebaliknya apa yang lebih utama kita dapat berdamping dan diterima oleh masyarakat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat bilik operasi PN di Kampung Besar di sini, hari ini.

Sebelum ini, kelayakan akademik Abdin dipersoal banyak pihak berikutan kelulusannya tidak dipamerkan pada poster calon berbanding calon Pakatan Harapan, Dr Joohari Ariffin, 60, yang memiliki kelayakan PhD.

Media semalam melaporkan, calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin menyifatkan seseorang pemimpin politik yang cemerlang bukan hanya memerlukan karektor baik namun perlu juga memiliki ilmu pengetahuan.

Beliau yang mesra dengan panggilan Cikgu Joohari itu menegaskan pemimpin yang tidak mempunyai ilmu dikhuatiri mampu menyesatkan orang lain. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top