“Negara Ini Ditadbir Undang-Undang Bukan Emosi & Spekulasi” – PM Tegas Ulas Isu Insiden Individu Pijak Al-Quran

“Negara Ini Ditadbir Undang-Undang Bukan Emosi & Spekulasi” – PM Tegas Ulas Isu Insiden Individu Pijak Al-Quran

“Negara Ini Ditadbir Undang-Undang Bukan Emosi & Spekulasi” – PM Tegas Ulas Isu Insiden Individu Pijak Al-Quran


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan tidak boleh bertindak berdasarkan kemarahan terutama dalam menangani isu sensitif membabitkan penghinaan agama, termasuk insiden seorang individu didakwa memijak al-Quran.

Menurut beliau dalam satu kenyataan yang dibuar baru-baru ini, tindakan tegas tetap akan diambil, namun perlu melalui proses perundangan yang betul.

“Kenapa tak tegas? Saya sudah jawab berulang kali.Negara ini negara hukum. Kita tidak boleh ketepikan fasal tuntutan undang-undang dalam tindakan,” katanya.

Tegasnya, sebagai agama Persekutuan, Islam tidak boleh dipandang ringan daripada sebarang unsur penghinaan.

Namun dalam masa sama, semua agama di Malaysia perlu dilindungi demi menjaga keharmonian masyarakat.

“Islam agama persekutuan dan kita tak boleh pandang ringan terhadap apa-apa unsur penghinaan. Bukan sahaja terhadap Islam tetapi terhadap agama-agama di negara kita untuk menjaga keharmonian ini.

“Sebab itu bila ada laporan penghinaan pijak al-Quran. Siapa kata tak ada tindakan? Ada. Jangan tunjuk kita gopoh dan tidak sabar. Polis sedang ambil tindakan kemudian lakukan siasatan. Apakah dia siuman atau tidak? Apakah dia melanggar hukum atau tidak? Jangan kita buat hukuman.

“Kenyataan yang pertama yang jelas apa? Tidak boleh sama sekali mengizinkan sesiapa sahaja menghina al-Quran. Apa lagi memijak. Langkahnya apa? langkahnya adalah ikut proses undang-undang. Sebab itu di antara karya yang saya minta dipopularkan, dihebahkan ialah kita ini pendakwah, bukan penghukum. Penghukum itu tugas kadi dan hakim.

“Negara ini ditadbir oleh undang-undang, bukan emosi dan spekulasi,” jelasnya.

Sebelum ini, kenyataan Anwar menerusi perkongsian di platform Threads menerima pelbagai respons negatif dalam kalangan masyarakat apabila penggunaan perkataan ‘melalak’ digunakan.

Difahamkan, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata polis telah melengkapkan kertas siasatan bagi kes tersebut.

Manakala, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata, reman terhadap lelaki berusia 21 tahun itu yang tamat pada 28 Januari lalu  disambung hingga 3 Mac ini selepas menerima arahan daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR) supaya beberapa tindakan lagi diambil untuk melengkapkan siasatan.

 

Sumber: Bernama



Source link

OR

Scroll to Top