July 16, 2024

Nenek maut nahas, kereta terbabas masuk longkang

Nenek maut nahas, kereta terbabas masuk longkang



am@hmetro.com.my

Sungai Petani: Seorang nenek berusia 73 tahun maut manakala cucunya cedera selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah Mini Cooper di simpang tiga NCT, Bakar Arang, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, dalam kejadian jam 3.30 petang itu, warga emas terbabit, Lam Koi Lan yang memandu kereta itu mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, cucu Lam iaitu Teh Chia Yin, 18, mengalami kecederaan di tangan kanan dan dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

“Pemandu kereta Mini Cooper berusia 23 tahun yang bekerja sebagai peniaga itu pula tidak mengalami kecederaan.

“Ketiga-tiga mereka menetap di Taman Keladi, di sini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Azharuddin berkata, arah perjalanan kereta Mini Cooper itu dari Perindustrian Bakar Arang menghala ke Jalan Alor Setar -Butterworth manakala kereta Perodua Kancil terbabit dari arah NCT Bakar Arang.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati, kejadian berlaku sewaktu kereta Mini Cooper terbabit sedang bergerak lurus namun secara tiba-tiba Perodua Kancil itu keluar dari simpang sebelah kiri terus menghalang laluan kereta Mini Cooper berkenaan.

“Pemandu kereta Mini Cooper itu tidak sempat mengelak terus melanggar tepat sisi sebelah kanan kereta mangsa.

“Akibat dari kemalangan, Perodua Kancil yang dipandu warga emas terbabit hilang kawalan dan terbabas jatuh ke dalam longkang dibahu jalan (laluan bertentangan).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top