Ibu kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza menjadi perhatian ramai apabila memuat naik hantaran terbaru di media sosialnya.
Menerusi hantaran dimuat naik semula seorang pengguna Threads, memaparkan Aliff Aziz dilihat menikmati kuih raya bersama keluarganya.
BACA: Muat Naik Video Bersama Anak, Aliff Aziz Luah Rasa Rindu

Namun apa yang menjadi perhatian gambar keluarga yang tergantung di dinding belakang Aliff Aziz. Individu itu mendakwa wajah bekas isterinya iaitu Bella Astillah pada gambar berkenaan seolah sengaja ditutup sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
Individu itu turut mengatakan Bella tidak pernah memadam gambar keluarga di media sosialnya serta mempersaolkan mengapa tidak menurunkan gambar tersebut.







