Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona menjadi perhatian apabila memuat naik hantaran menerima saman kelima dalam tempoh sebulan.
Menerusi perkongsian di TikTok, meskipun menerima lima saman serta tayar keretanya di ‘clamp’ namun Leona tetap tenang.
BACA: “Sebab Tu Kereta Pertama Saya Bukan Porsche” – Kereta Leona Calar Langgar Dinding

Diruangan komen, rata-rata netizen terhibur apatah lagi Leona tetap boleh tersenyum meskipun menerima banyak saman kerana jika mereka berada di tempat Leona pasti akan menangis memikirkan perlu membayar saman berkenaan.
Bagaimanapun, ada yang menyifatkan perkongsian Leona itu seolah memberi contoh kurang baik apatah lagi statusnya sebagai pempengaruh media sosial.
Malah, ada yang mengatakan tindakannya itu mungkin boleh menyusahkan pengguna lain serta tidak sewenangnya melanggar undang-undang meskipun mampu membayar saman berkenaan.






