Pelakon dan pempengaruh media sosial, Norreen Iman berkongsikan pandangannya mengenai individu berbadan besar dalam kehidupan.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Norreen berkata individu yang mempunyai masalah berat badan berlebihan turut berdepan cabaran dari segi persepsi masyarakat.
BACA: “Korang Chill, Kami insyaAllah Okay” – Suami Norreen Iman

“Iya jadi gemuk ni memang hina wei. Kadang sampai nak sayang diri sendiri fikir dua tiga kali sebab orang gemuk ni memang selalu sayang orang lebih dari sayang diri sendiri,” katanya.
Sementara itu, Norreen turut menasihatkan agar tidak terlalu memikirkan mengenai pandangan orang lain kerana apa yang penting sayangi diri terlebih dahulu.
“Tapi kalau fikir fasal orang ni, sampai sudah tak habis. Just anggap, kalau gemuk sampai tua, risau tak terjaga. Kita sihat, kita boleh sayang diri kita dalam banyak cara. Tak ada nak tunggu orang bahagiakan kita,” katanya.






