Netizen Tegur Pemakaian Bella, Abang Syed Saddiq Respon “Leave Her Alone”

Netizen Tegur Pemakaian Bella, Abang Syed Saddiq Respon “Leave Her Alone”


Penampilan pelakon dan penyanyi Bella Astillah ketika di program Talk To My Manager 2 (TTMM2), baru-baru ini menjadi perhatian ramai.

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu menegur pemakaian Bella yang mengenakan gaun berwarna kuning.

BACA: “Bella Ibu Luar Biasa, Lihat Ayden & Ara, Betapa Sopannya Mereka” 

Menurut individu berkenaan, dia sudah beberapa kali memuat naik hantaran mengenai pakaian Bella namun mendakwa bimbang seandainya ditegur semula oleh PA Syed Saddiq.

Tambah individu itu lagi, dia berharap Bella akan berubah  serta mendakwa sejak bertunang pelakon itu seolah tidak peduli dengan teguran netizen.

“Dah banyak kali post pasal pemakaian dia. Tapi kali ni tak nak cakap apa-apa. Takut PA Syed Saddiq sound aku lagi.

“Harap dia berubah lah. Dulu orang tegur ada juga mohon maaf walaupun lepas tu buat lagi. Sekarang sejak bertunang dengan orang politik dia dah tak peduli. Ada back up besar kan,” tulisnya.

Apa yang menjadi perhatian, hantaran individu itu mendapat reaksi daripada abang kepada Syed Saddiq iaitu Space Dollah yang tampil mempertahankan Bella.

“Meh aku sound, leave her alone,” katanya.

Sementara itu, diruangan komen rata-rata netizen bersetuju dengan individu berkenaan bahawa penampilan dilhat semakin seksi. 






Source link

OR

Scroll to Top