July 27, 2024

N’mira Beauty Medispa peroleh status klinik kecantikan estetik

N’mira Beauty Medispa peroleh status klinik kecantikan estetik


KUALA LUMPUR – Pusat medispa, N’mira Beauty Medispa berjaya memperoleh status klinik kecantikan sekaligus mengembangkan operasi perniagaan dengan dikenali sebagai Klinik N’mira.

Pengasasnya, Nyak Amira Natasha Nyak Zurimin berkata, pencapaian bersejarah itu selepas permohonan pihaknya selama setahun menepati kriteria ketat dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata, antara kriteria itu adalah memiliki seorang doktor pakar estetik iaitu Dr Fadhzillah Ashraf yang juga dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Klinik N’mira.

“Setiap keputusan, daripada pengembangan perkhidmatan kepada penempatan semula ke lokasi yang lebih mudah diakses telah dibuat dengan penuh teliti dan pertimbangan untuk pelanggan.

“Komitmen pasukan kami adalah untuk mengutamakan kecantikan dan kepuasan pelanggan yang menjadi penggerak dalam usaha Klinik N’mira terus berkembang maju dan mengembangkan penawarannya.

“Transformasi ini bukan sahaja menandakan perubahan dalam nama, tetapi komitmen untuk terus melebihi jangkaan pelanggan dan kekal dengan moto utama sejak hari pertama iaitu  ‘Kecantikan Anda Adalah Keutamaan Kami’,” katanya pada majlis pelancaran klinik itu di Taman Utama Puchong, baru-baru ini.

Nyak Amira Natasha, 29, sebelum ini merupakan seorang pramugari sebelum meletak jawatan pada tahun 2017 untuk menumpukan kepada perkhidmatan berasaskan rumah ke rumah.

Pada 2018, beliau membuka pusat medispa sebelum membuat permohonan mendapat status sebagai klinik kecantikan sejak tahun lalu dalam usaha menawarkan perkhidmatan lebih profesional dan menetapi kelulusan KKM.

Nyak Amira Natasha Nyak Zurimin (kiri) bersama doktor pakar estetik Klinik N’mira iaitu Dr Fadhzillah Ashraf

Nyak Amira Natasha berkata, semua itu akan menepati gred perubatan oleh pakar estetik menerusi peralatan serta teknik terbaik untuk m’engoptimumkan kecantikan pelanggan.

Jelas beliau, Klinik N’mira juga mahu kehadirannya di pasaran dapat memperkasakan penampilan orang ramai untuk lebih yakin dengan kecantikan dalaman dan luaran mereka. – MalaysiaGazette

 



Source link

OR

Scroll to Top