Penyanyi Noh Salleh berkongsikan berita gembira isterinya, Fatin Athira Mustapa selamat melahirkan anak sulung mereka pada 21 November lalu.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Noh meluahkan rasa syukur diatas kelahiran anak perempuan mereka dan segala urusan dipermudahkan.
“Pada tanggal 21st November isteri saya telah melahirkan anak kami yang pertama. Seorang anak perempuan yang sihat dan sangat cantik.
“Berkat doa restu orang tua, keluarga, sahabat dan anda semua, proses kelahiran sangat lancar dan meriah kerana ditemani pelukan ciuman dan sorakan,” katanya.
Dalam perkongsian itu, Noh turut berkongsikan nama puterinya Tara Svara dan ianya fasa baru buat mereka sebagai ibu bapa serta memohon orang ramai mendoakan buat keluarga kecilnya itu.
“Sebuah fasa baru untuk kami dan mohon kalian doakan journey sebagai PARENTS ini sentiasa dalam lindungan Allah swt. Doakan Aku , Athira dan TARA SVARA,” tulisnya.






