Noktahkan pertikaian antara persatuan kriket dengan bekas pemimpin

Noktahkan pertikaian antara persatuan kriket dengan bekas pemimpin


Untuk rekod, mahkamah telah menangguhkan prosiding keputusan pertikaian itu sebanyak tiga kali.

PERTIKAIAN antara Persatuan Kriket Malaysia (MCA) dengan segelintir bekas kepimpinan badan induk itu perlu dinoktahkan segera bagi memastikan persatuan dapat bergerak tanpa sebarang “gangguan”.

Apatah lagi, dua bekas exco persatuan itu yang tewas dalam pemilihan pada Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan dan pemilihan pada 27 April telah mengakui serta mengiktiraf keputusan tersebut.

Berdasarkan keputusan penghakiman pada 24 Oktober 2025 di hadapan Hakim Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan, persetujuan dua bekas exco berkenaan, Mahnorizal Mahat dan Ahmad Salman Othman sekali gus menamatkan pertelingkahan mereka dengan MCA.

Mahnorizal dan Ahmad merupakan barisan exco MCA era kepimpinan Mohammed Iqbal Ali Kassim Ali selaku presiden yang telah bertindak meletakkan jawatan pada 13 April tahun lalu sebelum menarik balik keputusan itu.

Keputusan tersebut menyaksikan seorang pemimpin MCA mengheret isu ini ke mahkamah bagi memastikan mereka tidak lagi menggunakan jawatan selaku exco persatuan itu.

“Sudah tiba masanya pertikaian antara persatuan dengan bekas exco sebelum ini dimuktamadkan agar persatuan dapat bergerak bebas tanpa ada sebarang gangguan lagi daripada kepimpinan terdahulu.

“Kita mahu merancang pembangunan sukan ini, tapi ada pihak yang sedang berusaha mengganggu kerana inginkan jawatannya kembali.

“Sedangkan sudah jelas mereka meletakkan jawatan dan ada yang tewas dalam pemilihan,” kata seorang jawatankuasa MCA yang enggan namanya didedahkan.

Katanya, keputusan dua bekas exco yang mahu menyelesaikan pertikaian itu secara baik harus menjadi contoh dan panduan bahawa segala proses diambil persatuan adalah berdasarkan peraturan ditetapkan.

Untuk rekod, mahkamah telah menangguhkan prosiding keputusan pertikaian itu sebanyak tiga kali iaitu pada 17 April 2026 yang dikemudiannya ditunda kepada 18 Jun 2026, kemudiannya 29 Jun Dan terbaru 17 Julai depan.

Prosiding mahkamah berhubung pertikaian ini bermula Oktober tahun lalu.

Saman tersebut dikemukakan seorang pemimpin MCA mewakili persatuan itu terhadap Mohammed Iqbal dan sebahagian barisan exconya sebelum ini berhubung pertikaian jawatan dalam badan induk berkenaan.



Source link

OR

Scroll to Top