Noor Kumalasari Yakin Anita Sarawak Tak Akan Kembali

Noor Kumalasari Yakin Anita Sarawak Tak Akan Kembali


Pelakon Noor Kumalasari mendoakan yang terbaik buat penganjur Konsert GenKRU The Finale: One More Time yang berhasrat membawa pulang kakaknya, Anita Sarawak untuk beraksi di konsert berkenaan.

Memetik Astro Gempak, Noor berkata harapan untuk realisasikan impian tersebut sangat tipis memandangkan kakaknya tidak mahu kembali dalam industri.

BACA: Masih Sihat & Jelita, Ini Gambar Terbaru Anita Sarawak Bersama Suami

“Saya doakan yang terbaik untuk penganjur konsert KRU. Sebab mengenali kakak saya, jika dia kata tidak mahu lagi kembali dalam industri, bermaksud memang dia tidak mahu.

“Saya rasa harapan untuk bawa Kak Nita balik Malaysia untuk menjayakan konsert KRU adalah sangat tipis. Saya tidak akan menyalahkan Kak Nita,” katanya.

Sementara itu, Noor berkata dia tidak akan menyalahkan Anita jika tetap dengan pendiriannya untuk tidak muncul pada konsert berkenaan kerana kakaknya kini mahu menjalani kehidupan biasa jauh dari dunia glamor.

“Namun jika penganjur benar-benar berjaya bawa pulang Kak Nita untuk konsert KRU itu, penganjur itu memang sangat hebat. Tetapi jika Kak Nita kata ‘no’, bermaksud ‘no’.

“Dia sekarang mahu menjalani hidup yang biasa, macam kita orang-orang biasa ini. Dia tidak mahu lagi terlibat dalam dunia glamor. Dia hanya mahu menjadi suri rumah tangga,” katanya.

Sumber: Astro Gempak






Source link

OR

Scroll to Top