Pelakon Nora Danish meluahkan rasa teruja menyambut Ramadan tahun ini di Tanah Suci Mekah.
Memetik HibGlam, Nora berkata dia menunaikan ibadah umrah dan itu merupakan pertama kali dia berpuasa di sana.
BACA: Nora Danish Mahu Bersara Lepas Kahwin
“Tahun ini, pertama kali saya dapat rasa sambut Ramadan di Mekah sebab buat umrah. Saya di Tanah Suci dari 15 Februari sampai 22 Februari. Itulah yang buat saya sangat teruja Ramadan ini,” katanya.
Sementara itu, Nora berkata sepanjang Ramadan ini dia banyak masa bersama keluarga serta bersukur kerana tinggal berdekatan dengan ibunya.
“Di rumah rasanya macam biasa. Ibu saya tinggal dekat sangat dengan saya. Jadi, saya ada ibu yang akan memasak (sediakan juadah).
“Banyakkan masa bersama keluarga dan anak. Itu sahajalah. Tapi, saya akan banyak juga berada di kafe Padang Teduh untuk majlis berbuka puasa dan sebagainya,” katanya.
Dalam pada itu, Nora berkata sudah menjadi kebiasaan apabila tiba bulan Ramadan dia akan memberi fokus melakukan ibadah dan tidak bekerja.
“Dah agak lama kalau datang bulan puasa sahaja, memang saya takkan bekerja. Memang fokus sepenuhnya untuk ibadah. Bagi saya, ini sahaja bulan yang kita boleh rehat sekejap dan fokus mempertingkatkan amalan baik,” katanya.
Sumber: HibGlam






