Pelakon Norreen Iman sah bercerai talak satu dengan suaminya, Mohd Raizi Abdul Razak di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.
Menerusi perkongsian di Instagram Melodi, kedua-duanya dilihat hadir bagi menyelesaikan perceraian mereka .
BACA: “Korang Chill, Kami insyaAllah Okay” – Suami Norreen Iman
Difahamkan, Norreen dilihat ada menulis hantaran ringkas ‘Bismillahirahmanirahim’ dipercayai sebelum ke mahkamah.
Terdahulu, kehadiran Norreen dan Razi ke mahkamah menjadi tanda tanya dipercayai bagi tujuan prosiding pengesahan lafaz cerai.
Untuk rekod, Norreen dan Raizi mendirikan rumah tangga pada 2011. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata.






