May 24, 2024

Obor Sukan Olimpik Paris 2024 mula dibawa ke Perancis


ISTANBUL – Obor Sukan Olimpik Paris 2024 mula dibawa ke Perancis selepas upacara tradisi menyalakannya berlangsung di Olympia, Greek, tempat di mana Sukan Olimpik bermula suatu masa dahulu, lapor  Agensi Anadolu.

Kali pertama digunakan dalam Sukan Olimpik Musim Panas 1936 di Berlin, 100 pembawa obor akan membawa api itu sejauh 5,000 kilometer melalui 41 bandar selepas belayar di laut di atas kapal layar, Belem.

“Pada Paris 2024, dengan lebih dua bulan bertemasya tanpa gangguan, kita hidup dalam pengembaraan hebat bersama, di semua wilayah dengan jutaan rakyat Perancis di belakang Sukan ini,” katanya yang memetik kata-kata Tony Estanguet, Presiden Paris 2024 di lawan sesawang Olympics.com.

Kami mahu membuatkan orang bermimpi, kami mahu menunjukkan Perancis yang bersinar. Kami bertuah untuk mendapat sokongan kuat dari semua rantau,” katanya.

Larian berganti-ganti Obor Olimpik itu akan bermula di Perancis pada 8 Mei ini selepas obor yang berapi itu tiba di Marseille.

Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Paris 2024 merupakan acara terbesar yang dianjurkan di Perancis.

Sukan Olimpik itu akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos.- BERNAMA-ANADOLU



Source link

OR

Scroll to Top