“Orang Kata Kalau Nak Murah Rezeki, Kena Bahagiakan Isteri” – Zahiril Adzim

“Orang Kata Kalau Nak Murah Rezeki, Kena Bahagiakan Isteri” – Zahiril Adzim


Pelakon Zahiril Adzim berkata dia meskipun isterinya tidak lagi aktif dalam dunia lakonan namun mereka sekeluarga tidak berdepan isu kewangan.

Memetik Oh Bulan, Zahiril berkata isterinya, Syera Ayob seorang yang memahami dan dia sebagai ketua keluarga sentiasa mengutamakan kebahagiaan isteri serta anak.

BACA: “Hanya Lemahkan Otot Elak Kembang” – Zahiril Adzim Nafi ‘Buat’ Hidung

“Setakat ini saya seorang saja yang bekerja, Syera tak bekerja. Tapi kami tak ada masalah dari segi komitmen kewangan dan sebagainya. Syera pun sangat memahami.

“Sebagai suami, saya sentiasa cuba membahagiakan isteri. Orang selalu kata kalau nak murah rezeki, bahagiakan isteri. Duit yang kita dapat itu sebenarnya untuk mereka.

“Jadi sekarang saya tanam dalam kepala, apa saja yang saya keluar cari rezeki adalah untuk isteri dan anak saya,” katanya.

Sementara itu, Zahiril berkata dia sentiasa percaya pada rezeki dan tidak berkira memenuhi keperluan isteri. 

Tambahan pula, Syera mengetahui apa yang perlu menjadi keutaman dan bersyukur dikurniakan isteri yang baik.

“Kalau apa yang saya ada, saya bagi saja pada isteri. Alhamdulillah rezeki saya tetap ada. Syera pula bukan jenis yang mementingkan kehidupan mewah. Kalau ada, ada lah. Kalau tak ada pun dia okey.

“Saya sangat bersyukur. Syera seorang ibu yang sangat baik. Dari anak kecil, saya nampak dia boleh membaca pada usia sangat awal hasil didikan Syera. Ibu itu madrasah anak. Bagi saya, tak ada ibu lain yang lebih layak untuk anak saya selain Syera,” katanya.

Zahiril dan Syera mendirikan rumah tangga pada 2011. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Nadi Anaqi.

Sumber : OhBulan






Source link

OR

Scroll to Top