“Dekat Perut Ada Kesan Tapak Kasut” – Anak Ako Mustapha Dibuli Pelajar Senior

“Dekat Perut Ada Kesan Tapak Kasut” – Anak Ako Mustapha Dibuli Pelajar Senior


Pelakon Ako Mustapha meluahkan rasa kecewa mendakwa anak lelakinya, Mika baru berusia 10 tahun menjadi mangsa buli dua pelajar senior dan tiga rakan sekelas.

Menerusi perkongsian di Threads, Ako berkata dia menyedari kecederaan pada tubuh anaknya selepas melihat ada kesan tapak kasut serta tumbukan pada bahagian perut.

BACA: Ako Mustapha Namakan Anak Sempena Nama Ibu Tun Dr Mahathir

“Balik dari sekolah Mika mandi.. Kemudian Mika beritahu dia kena buli dekat sekolah. Bila saya keringkan badan dia, saya perasan dekat perut dia ada kesan tapak kasut, dan kesan tumbukan dekat perut. 

“Terus saya soal siasat Mika. Mika pun cerita satu-satu. Semua saya ambil gambar Dan video.. Gambar dan video kesan dekat perut Mika saya dah hantar ke guru kelas Mika,” tulisnya.

Menurut Ako lagi, dia turut membawa anaknya ke klinik sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut selepas anaknya mengadu sakit di bahagian perut dan dada.






Source link

OR

Scroll to Top