Pahang hantar 30 tan barangan keperluan ke Gaza

Pahang hantar 30 tan barangan keperluan ke Gaza


KUANTAN – Pahang antara negeri pertama yang menyalurkan sumbangan secara konsisten ke bumi Gaza.

Kali ini Pahang melancarkan penghantaran barang bantuan kemanusiaan sebamyak 30 tan termasuk pek makanan dengan teknologi retort ke negara bergolak itu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pelepasan kapal bermula 1 Jun ini yang membawa barangan seperti tilam, selimut, pek makanan, dan ubat-ubatan dan dijangka tiba ke destinasi pada 4 Julai ini.

“Misi penghantaran barang bantuan ini hasil kutipan derma menerusi Tabung Pahang4Palestine yang digerakkan setelah penganjuran Himpunan Solidariti Pahang4Palestine di Kuantan pada 28 Oktober tahun lalu.

“Jumlah kutipan derma menerusi Tabung Pahang4Palestine sehingga hari ini (20 Mei) adalah berjumlah RM1.602 juta hasil sumbangan pelbagai pihak di Pahang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebook miliknya ketika melakukan Majlis Pelancaran Flag Off Barang Bantuan Kemanusiaan Dari Pahang ke Gaza, Palestin di Pelabuhan Klang hari ini

Untuk rekod bantuan tersebut merupakan kali kedua dilaksanakan kerajaan negeri setelah menyalurkan wang tunai RM700,000 pada tahun 2021.

Ia termasuk membaik pulih masjid dan sekolah yang musnah dalam serangan rejim Israel menerusi Kempen Dana Tabung Pahang For Palestine dan Pelancaran Projek Rakyat Pahang di Bumi Gaza. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top