June 14, 2024

Pahang jadi tuan rumah Majlis Tilawah dan Hafazan Kebangsaan buat kali ketiga


KUANTAN – Penganjuran kali ke-66 Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di sini bermula hari ini bersesuaian pada musim cuti sekolah yang bakal tiba.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia merupakan kali ketiga bagi negeri itu menganjurkan acara besar dalam memuliakan qari, qariah, hafiz serta hafizah berhimpun.

“Kepada hadirin dan hadirat semua khususnya para peserta dari seluruh tanah air, saya ucapkan selamat datang ke Negeri Pahang Darul Makmur.

“Ini (majlis) menggambarkan komitmen pihak kerajaan menerapkan budaya membaca al-Quran dan memahami intipatinya sertamengaplikasikan tuntutan dan menghindarinya dalam amalan kehidupan kita seharian,” katanya ketika berucap pada majlis yang sama.

Majlis berkenaan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri bermurah hati menghulurkan tambahan wang tunai sebanyak RM1,000 kepada setiap peserta melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM110,000.

Manakala secara keseluruhannya katanya kerajaan negeri memperuntukkan RM2.734 juta bagi menjayakan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran kali ini.

Majlis Tilawah dan Hafazan bermula hari ini hingga Selasa depan menyaksikan penyertaan seramai 110 orang peserta di mana 29 orang adalah peserta tilawah manakala 81 orang lagi merupakan peserta hafazan.

Acara yang mula dicetuskan di negeri Johor pada tahun 1947 dan kemudiannya diangkat menjadi majlis tahunan peringkat kebangsaan buat julung kalinya diadakan pada 18
Mac 1960 di mana acara penganjuran majlis yang sama telah menjangkau 64 tahun. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top