July 19, 2024

Pakaian rasmi Olimpik: MY Creative Moments mohon maaf

Pakaian rasmi Olimpik: MY Creative Moments mohon maaf


KUALA LUMPUR – Penganjur sambutan Hari Olimpik Sedunia 2024, MY Creative Moments memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang timbul pada majlis pelancaran pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024 di sebuah pusat beli-belah di sini baru-baru ini.

Pengarah urusannya, Wong Kang Woon memohon maaf kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Kementerian Belia dan Sukan serta peminat sukan negara atas sebarang kekeliruan yang timbul pada majlis pelancaran tersebut.

“Kami mengakui kesilapan kami dan mengambil tanggungjawab atas sebarang cacat cela dalam pengurusan dan penganjuran acara itu serta ulasan daripada peminat dan netizen yang menjejaskan imej MOM secara keseluruhan.

“Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada MOM dan kontinjen Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

My Creative Moments sebagai pihak ketiga diberikan hak menganjurkan sambutan tersebut di Kuala Lumpur dengan sokongan MOM.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan jersi berkenaan bukan digunakan oleh peserta untuk tujuan perbarisan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pakaian diperkenalkan tidak digunakan untuk perbarisan Olimpik Paris – Hannah



Source link

OR

Scroll to Top