Penampilan pelakon dan penyanyi Bella Astillah menjadi perhatian apabila memuat naik videonya beriadah sambil menunggang basikal.
BACA: “Takutlah Pada Allah” – Netizen Tegur Pakaian Bella Astillah Terlalu Terdedah

Menerusi perkongsian di Instagram, Bella dilihat mengenakan pakaian sukan berwarna hitam putih yang dilihat agak ketat sekaligus menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Dalam satu hantaran di Threads, seorang individu mengatakan pakaian dikenakan Bella itu agak ketat serta mempersoalkan adakah perasaan malu sudah hilang.
“Ketatnya pakaian. Memang perasaan malu tu dah hilang ke? “ tulis seorang netizen.
Diruangan komen, ada netizen mempersoalkan adakah perlu mengenakan pakaian ketat ketika menunggang basikal.
Tidak kurang juga, ada yang menitipkan pesanan agar mengenakan pakaian yang sedikit longgar. Bagaimanapun, ada yang mempertahankan dengan mengatakan setiap individu mempunyai hak dalam berpakaian serta tidak perlu masuk campur.








